Sunday, February 19, 2012

PB: Lagi Tempahan Bunga Rampai dari Huda, untuk???

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Salam Semua,

Pagi tadi Amy mendapat satu lagi tempahan bunga rampai daripada Huda yang akan diambil pada malam Rabu minggu depan ini, syukur. Ianya untuk digunakan pada hari Khamis ini. Dan khabarnya tempahan bunga rampai itu adalah untuk majlis perkahwinan pelakon hebat yang akan menjadi suri Yusry, siapa lagi kalau bukan Lisa Surihani... 

Kami pun terkejut sebenarnya tetapi Huda mendapat nombor Amy dari Puteri (sila lihat post sebelumn entry ini) untuk membuat tempahan bunga rampai tu. Terima kasih atas kepercayaan yang Huda berikan kepada kami ya.

InsyaAllah kami akan buat yang terbaik untuk semua pelanggan kami dan harap wangian bunga rampai tu nanti akan mekar mewangi berpanjangan hingga ke akhir hayat kedua mempelai nanti.

Untuk makluman juga, sebungkus bunga rampai (RM 70 dan diambil sendiri di rumah Amy) adalah banyak dan boleh diletakkan untuk dulang hantaran bunga rampai, dalam bilik pengantin dan boleh juga digunakan untuk upacara merenjis nanti.

Amy akan cuba muat turun gambar bila adik Amy selesai membuat bunga rampai tu ya. Kalau sesiapa yang berminat untuk tempah bunga rampai, boleh hubungi Amy ya untuk buat tempahan awal.

Terima kasih.

Amy PB2. 

PB: Tempahan Bunga Rampai Puteri, Kota Damansara

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Teirma kasih Puteri atas tempahan sebungkus bunga rampai  untuk majlis cukur jambul anaknya. Gambar nanti Amy akan muat turun bila dah dapat gambar nanti ya.

Terima kasih.

Amy PB2.

Monday, February 6, 2012

PB: Cerita sejarah Inani Craft

~Pengantin Budget2 _ Rakan yang dipercayai~

Ini adalah sebagaian daripada info mengenai Inani Craft di mana Pn Ina menceritakan tentang sejarah
Inani Craft dalam laporan ruangan Variasi di Harian Metro awal tahun 2010 (12 Januari 2010)

Ini link harian metro online:

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Menongkahcabaran/Article

Menongkah cabaran

Oleh Siti Zarinah Sahib

sitizarinah@hmetro.com.my

MELIHAT kepelbagaian produk di Inani Craft & Design milik Samsinar Habib, 51, di SACC Mall, Shah Alam, tentu wanita ini berusaha gigih untuk mencapai kejayaan seperti sekarang.


Malangnya, selepas dua tahun membina nama, negara terjejas kerana krisis kewangan. Sekali lagi Samsinar dan suami berhadapan masalah kewangan sehingga wang simpanan Inani Craft terpaksa digunakan untuk membayar gaji pekerja.


"Krisis kewangan itu menyebabkan saya dan suami patah semangat. Saya terfikir, jika saya yang menjadi tulang belakang suami selama ini berputus asa, bagaimana dengan dia? Jadi, saya bangkit dan memberi semangat kepadanya. "Suami mempelbagaikan hasil kraf daripada barangan cenderahati kepada bekas bunga telur dan bunga rampai. Perubahan itu menunjukkan hasil positif. Orang ramai mula mengikuti perkembangan Inani Craft. Malah bekas bunga telur dan bunga rampai mendapat sambutan menggalakkan," katanya.

Katanya, kepelbagaian rekaan menyebabkan Inani Craft & Design mula dikenali. Samsinar dan suami yakin menambah rekaan terbaru sekurang-kurangnya empat rekaan sebulan boleh menaikkan hasil jualan. Kini Inani Craft mempunyai pelbagai rekaan daripada seramik dan porselin. Antaranya bakul rotan, lilin wangi, rantai kunci, pensel, kipas cina, dompet, sudu garfu bereben, hiasan tuala dan cawan yang dijual pada harga serendah RM2. Terbaru Inani Craft mengambil tempahan untuk lukisan gelas dan satu-satunya syarikat yang mengambil tempahan dalam jumlah yang banyak. Kata Samsinar, hasil krafnya tidaklah berbeza berbanding produk lain. Keistimewaan Inani Craft pada kualiti dan rekaan yang unik serta pembuat produk kraf daripada hydrostone yang unggul di negara ini.

Malah keseluruhan proses pembuatan bermula daripada peringkat reka bentuk hingga ke peringkat kemasan dan pembungkusan dilakukan sendiri kaki tangan Inani Craft & Design. "Secara tidak langsung, Inani Craft & Design membuka peluang pekerjaan kepada ibu tunggal dan suri rumah yang ingin membantu suami menambah pendapatan. Di sini, mereka dilatih untuk mahir dalam semua perkara. Daripada proses membancuh hinggalah ke proses mewarna dan membungkus," katanya.

Produk Inani Craft turut mendapat tempahan daripada pasangan selebriti dan golongan kenamaan. Antara yang pernah mendapatkan khidmat rekaan Inani Craft ialah Datin Norjuma, Catriona Ross, Ramlah Ram, Linda Rafar dan Vanidah Imran.

Menurut Samsinar, kini syarikatnya mempunyai 13 pekerja sepenuh masa dan 20 pekerja separuh masa. Pada masa hadapan, Inani Craft ingin menghasilkan rekaan lebih murah pada harga kurang RM2 terutama untuk golongan berpendapatan sederhana.

"Menjual produk kraf pada harga kurang RM2 adalah satu cabaran. Ini kerana kos bahan mentah sangat mahal. Jadi kami harus memikirkan bagaimana mengurangkan kos daripada segi pembuatan dan rekaan," kata Samsinar yang memperluaskan promosi dan penjualan menerusi laman sesawang http://www.inanicraft.com/ .

PB: Bantal nikah kerawang & lelaki untuk Atie (Masjid Negara) dan Bunga Rampai Siti

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Salam Maulidur Rasul 1432 Hijrah,

Sempena cuti umum panjang ni, ramai juga b2b yang melangsungkan majlis pernikahan dan pertunangan. Alhamdulillah, ada rezeki untuk Amy kongsi dengan anda semua....

Tahniah Atie selepas selamat menjadi isteri kepada suaminya yang telah dilangsungkan di Masjid Negara semalam. Atie telah menyewa bantal kerawang Amy dan bantal nikah lelaki dan ini gambarnya. Kena tunggu gambar dari OPnya untuk majlis tersebut kerana Amy ada hal lain, tak dapat tunggu. Maaf ya Atie, apa-apa pun terima kasih banyak atas kerjasama yang amat baik yang diberikan.

Bantal nikah untukAtie dan suami di MAsjid Negara, KL

Selepas itu Amy menyiapkan pula bunga rampai untuk Siti dan inilah hasilnya.

 Bunga rampai Siti

Kalau ada yang berminat sila hubungi Amy untuk tempahan.

Salam Sayang,

Amy PB2

Thursday, February 2, 2012

PB2: Wedding theme 2012 - telahan Amy PB2

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat mlm semua,
Amy dah lama nak cuba-cuba matchkan warna-warna yang pelik, yang lari dari kebiasaan untuk wedding. Nak cari yang berani sikit untuk tahun 2012 ni..

Amy mulakan dgn warna purple blue--- result -- soothing + cool




Warna green red -- result -- vibrant + energetic colour

 
 


yellow grey wedding -- result -- cool + brave + different



Hm, rasanya cukup takat ni, rupanya payah juga nak matchingkan dengan perkara-perkara yang perlu ada dalam majlis kahwin ni. Tapi pada Amy boleh memberi idea kepada bakal-bakal pengantin di luar sana...

Sumber gambar-gambar ini, sudah pasti daripada Pakcik femes GOOGLE...

Salam Sayang,
Amy PB2.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter