Sunday, June 26, 2011

PB: Kesabaran seorang isteri tiada tandingan

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Saja nak tulis tajuk ni, sebab pusing sana sini, sabar itu adalah perlu ada pada seorang isteri, tak kiralah cuba sembunyi balik batu mana atau cuba berkurung di tempat kedap udara kat mana sekalipun, sabar perlu ada pada diri seorang isteri. NOKTAH.

Ya betul, seorang isteri sangat perlu mengasah kesabarannya dalam mengharungi hidup berumahtangga. 

Mungkin ada yang kata, eleh, asyik isteri sahaja yang mengalah, tapi suami tu asyik nak memang aja... Memanglah sabar itu ada tahapnya tetapi pada fikiran logiknya, seorang wanita a.k.a isteri a.k.a ibu itu adalah mahkluk Tuhan yang paling sesuai untuk diletakkan sifat kesabaran itu pada tahap yang lebih tinggi berbanding lelaki. 
Pada Amy pula, mungkin keupayaan mengandung dan melahirkan itu merupakan tanda aras yang paling tinggi untuk keletakkan sifat sabar itu paling sesuai untuk dipikul oleh wanita. Mungkin pembaca ada pendapat lain, mungkin boleh kongsi dengan Amy.
 
Bukan apa, pada Amy masa berkawan memang semuanya indah, tetapi bila dan nikah, dah tidur sebantal dan buat banyak benda bersama-sama, kelebihan dan kekurangan pasangan masing-masing akan mula terpancar dengan jelas sekali. Bila dah kahwin, no turning back, unless it cannot be accepted and being tolerate anymore.
Jadinya, seorang wanita yang nak mengakhiri zaman anak dara tu perlu belajar lebih lagi mengenai hidup berumahtangga. Sebabnya nanti bila dah lalui sendiri, tidaklah terperanjat dan tak akan kata, kalau tau nak jadi macam ni ... habiskan ayat tu sendiri ok...
Oklah, Amy nak mandikan anak, lain kali kita sambung lagi ya,

Babai ladies... ;)

PB: Kain lace dan satin murah sangat - di KL ya, bukan di Bandung/Jakarta erk ;)

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Selamat petang semua...
Lama rasanya tak tulis apa-apa cerita yang menarik kat blog ni kan?
OK, sekarang Amy nak cerita pasal kain lace yang sangat murah... Sesuai untuk b2b yang memang nak berjimat tapi pada masa yang sama ingin kelihatan cantik jugakan?
Dah lama sebenarnya Amy nak tulis pasal ni, harap dapat bantu mereka-mereka yang memerlukan. Amy bagi tengok gambar kain tu dulu erk, Minta maaf kat tuan punya kedai, Amy main snap aja, tapi sebenarnya ini pun promosi juga buat mereka.
Sehelai kain lace yang mempunyai 4 meter kain satin dan 2 meter lace berharga rm 40 dan rm 45...HAHAH? percaya tak? Kain ni dijual bukan di Bandung or Jakarta ya, tetapi di Kuala Lumpur, Malaysia...
Pada Amy memang murah dan banyak juga pilihan yang ada.
Selain kain lace tu, ada juga Amy lihat
veil yang dijual murah, kalau tak silap kurang rm 50 sehelai... Haa, siapa yang nak , cepatlah ke kedai MUAZ. Gambar kain yang Amy ambil ni di kedai Muaz berdekatan LRT dan PUTRA Masjid Jamek, berhampiran dengan Wisma Yakin.
Kedai tu memang jual barang dengan harga murah sebab dia beli barang dengan banyak kot. Jual banyak tudung, anak tudung, kain pasang, dan lain-lain. Cubalah pergi sana tengok kalau ada yang berkenan.
Harap boleh bantu b2b yang mahu pakai kain lace pada hari bersejarah mereka nanti... Selamat membuat persiapan kahwin :)
Salam sayang,
Amy PB2

Saturday, June 18, 2011

PB: Mini pelamin putih pink - Diyana Ampang Jaya

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Salam ladies,
Apa khabar ek? Lama tak dengar citer kan... been busy lately and i will try to update as much as possible yup for what has happened for this week job.

Diyana sudah book pakej Amy dan Neeza sejak dari bulan Mac lagi. Dia ambil mini pelamin Amy dengan bunga tangan yang Cik Neeza buat.

 mini pelamin untuk Diyana

Jadinya Amy nak kongsi hasil mini pelamin yang telah dibuat untuk majlis pernikahan Diyana semalam, dan untuk Diyana, Selamat Pengantin Baru, semoga bahagia sehingga ke hujung nyawa dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah, amin...

Terima kasih Diyana dan juga famili atas kerjasama yang diberikan.

Babai ladies... :)

Amy PB2.


Friday, June 10, 2011

PB: Pakaian seksi untuk SUAMI... baca dgn fikiran positif ya...

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

SUMBER: DI SINI

P/S: Sebelum membaca artikel ini, kita sematkan dalam hati untuk ambil yang positif ok.. ini untuk yang SUDAH KAHWIN SAHAJA OK, DIULANGI, UNTUK YANG SUDAH BERKAHWIN SAHAJA.. tksh... ;) sebab banyak pendapat yang berlainan berkenaan hal ini... :) ingatan untuk Amy juga ..wink ** wink**

Pakaian seksi untuk pasti suami puas
Oleh Hazwan Faisal Mohamad

2011/06/10

pix_gal0
Isteri tak boleh selekeh ketika berada di rumah

RAWANG: Presiden Kelab Taat Suami Malaysia mengakui beliau memenuhi keperluan batin suaminya dengan berpakaian menarik dan seksi.

Bagi Fauziah Ariffin yang menerajui kelab dianggotai 800 ahli itu, sebagai isteri yang taat, itu adalah cara terbaik untuk memberi layanan kepada suami.
“Bukan seperti isteri masa kini yang kebanyakannya tidak melayan suami dengan baik dan hanya berpakaian cantik di luar, tetapi di rumah kelihatan selekeh dan tidak menarik. “Masalah isteri tidak taat, tidak menghiburkan dan tidak berkhidmat kepada suami menjadi punca kerosakan masyarakat,” katanya di sini, semalam.

Pengarah Ikhwan Catering and Restaurant itu, berkata isteri juga perlu tahu peranan mereka yang sebenar, malah ada pihak berpendapat melayan suami bukan saja dari sudut seks tetapi juga memasak, membasuh dan menjaga anak.

“Itu benar, tetapi perlu tahu apa keutamaannya kerana kerja rumah boleh diserahkan kepada orang gaji, tetapi layanan di tempat tidur bolehkah beri pada orang gaji?

“Oleh itu perlu rujuk kepada keperluan utama, bila isteri taat, akan lahir suami penyayang,” katanya yang juga isteri kedua.
Baru-baru ini, kenyataan Naib Presiden kelab berkenaan, Dr Rohaya Mohamed mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang mahu Pendaftar Pertubuhan meneliti semula kelulusan pendaftaran kelab itu.

Kelmarin, Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Rashid Shirlin pula menyuarakan pandangan bahawa kelab itu dilihat hanya mementingkan nafsu untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga.

Sejak dilancarkan 1 Mei lalu, kelab itu mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia.
Mengenai kenyataan Dr Rohaya pula, beliau berkata ia bukan untuk menyamakan isteri dengan golongan pelacur yang terjebak dalam masalah sosial itu.

“Masalahnya masyarakat kita bayangkan pelacur hanya di Lorong Haji Taib, sedangkan pelacur kelas pertama ini adalah di kalangan pelayan pelanggan yang dihantar pihak atasan ketika perundingan antara dua negara,” katanya.

Sementara itu, kenyataan yang menyamakan tugas melayan suami dengan pelacur kelas pertama turut mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan pembaca Berita Harian yang menyuarakannya menerusi laman sosial akhbar ini termasuk laman web dan Facebook.

Hampir kesemua bantahan dikemukakan di kalangan pembaca wanita yang membidas tindakan Dr Rohaya yang disifatkan sebagai merendahkan martabat golongan itu.
Malah ada yang mempertikaikan penubuhan kelab itu yang dianggap tidak relevan kerana Islam menuntut isteri untuk mentaati suami selagi tidak melanggar syariat Islam. 
 
***************************
Ambil yang positif yer... ;)

PB: Amy Pengantinbudget di FACEBOOK!!!

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Salam semua,
Sekarang anda semua boleh berhubung dengan Amy di FACEBOOK...
Boleh Add atau LikeFB Amy ya...


Semoga kita boleh burhubung dengan lebih mudah lagi... jemput-jemput lah add Amy di FB ya... cari Amy Pengantinbudget, ok!!!..

Thanks dearies.... :)

PB: Sewaan Bantal nikah - Nadia, Mieza n Lyana - Mei 2011

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat pagi semua,
Amy nak update sedikit tentang sewaan bantal nikah sebelum ini. 
Terima kasih Amy ucapkan kepada Nadia Zahid, ini belog nadya zahid , gambar dia duduk kat bantal nikah Amy yg ini yer...

tksh nadya....

Untuk Mieza (Taman Sri Rampai) dan Lyana (Kajang) juga Amy ucapkan ribuan terima kasih... Sampai tersilap-silap dail nombor Mieza, padahal sebenarnya nak dail Lyana... Maaf yer dear....

Untuk Lyana pula, sorrylah tak sempat nak jumpa sebab datang awal pagi nak ambil bantal, Lyana pula sedang bersiap-siap untuk majlis bertandang tengahari tu kan? Neway thanx alot dear!

Walau apapun, Kak Amy harap client-client akak ni semua sentiasa bahagia dunia akhirat dengan suami dan keluarga masing-masing. Dan terima aksih sudi mendapatkan khidmat Kak Amy dan semoga impian anda semua menjadi kenyataan...

Jaga diri dan suami baik-baik ok... Selamat Pengantin Baru...

Salam sayang, Amy PB2

Wednesday, June 8, 2011

PB: Balkish Gombak - Pakej Mini pelamin & Mekap - Pink Cre8tive (Pengantinbudget2 & Neeza Makeover)

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Hai semua,
Dalam entry lepas, Amy ada cerita pasal Balkish yang mengambil mini pelamin Amy, ingat tak? Inilah dia hasil kerja tangan kami... Kalau ada yang berminat sila hubungi segera sebab takuit tarikh yang anda mahu sudah diambil orang. Apa lagi, buat tempahan awal ya, insyaAllah kami berikan yang terbaik... 

 (MUA Neeza kata nampak macam Siti Nurhaliza pun ada jika dipandang dari sisi yang berbeza... :)

Ok, semua, jumpa lagi... ;)

PB: Mini Pelamin klasik - Maroon+putih+pink untuk Balkish Gombak

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Salam semua,
Hari Sabtu yang lepas mini pelamin ni telah dipasang di Gombak untuk si manis Balkish. 


 Kenapa mini pelamin ni praktikal sebab ruang yang kecil sahaja diperlukan berbanding pelamin yang lain. Harga pula sangat berpatutan bermula dari RM 300 ke atas.
Kalau ada sesiapa yang berminat untuk dapatkan khidmat mini pelamin macam ni atau boleh diubah mengikut citarasa dan warna tema anda yang budget, sila hubungi Amy segera ya, tksh...

Salam Sayang, 
Amy PB2.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter