Monday, April 25, 2011

Giveaway untuk 5 follower baru sehingga 30 April 2011!!

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Saturday, April 23, 2011

PB: Giveaway untuk 5 follower Pengantinbugdet2 dari 2010 hingga April 2011

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Salam semua,
Untuk menghargai follower-follower terawal Amy sebelum ini yang banyak menyokong blog Amy, hadiah misteri/giveaway sebanyak 5 hadiah akan Amy sediakan untuk anda semua...
Dan yang bestnya, anak-anak Amy yang akan pilih pemenang tu... iaitu Sarah dan Aman.
Amy akan cuba rekodkan pemilihan follower oleh anak-anak Amy nanti insyaAllah dan pemenang bertuah yang terpilih akan Amy hubungi untuk penghantaran hadiah tersebut.
Jadi, akan ada ya giveaway untuk follower baru dan lama yang utama, ianya untuk menunjukkan bukti penghargaan Amy pada anda semua...

Selain follower yang:
1 - 5 --> 5 orang yang dipilih dari follower yang antara yang terawal, 
6. follower ke 140, 
7. follower 150 dan 
8. follower 160
 ada 2 hadiah lagi menanti untuk follower-follower baru Amy di luar sana yang Amy akan umumkan nanti.
Oklah, itu sahaja untuk tengahari ni, jaga diri dan kita "jumpa" lagi ya...

Salam Sayang, 
Amy PB2

Friday, April 22, 2011

PB: Jom jadi follower pengantinbudget2, masa dah hampir tamat!!

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~ Salam semua, Sedar tak sedar tak berapa lama lagi dah nak hujung bulan April. Kiranya tinggal 8 hari lagi saja yang tinggal sebelum diskaun 15% lifetime untuk penyertaan sebagai follower Amy di PB2 ni akan tamat. Jadi tunggu apa lagi jom jom war war kan kepada kawan-kawan anda sekarang. Amy nak beritahu kat sini follower yang ke 140, 150 dan 160 akan menerima hadiah misteri daripada Amy... Hadiah menarik seterusnya menanti anda yang telahpun menjadi follower AMY sebelum contest ini. Nak tahu siapa yang kena? Kita tunggu ok! Terima kasih atas sokongan anda semua selama ini.

Thursday, April 21, 2011

PB: Hantaran budget

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Salam semua,
Hantaran budget? Mungkin ada orang yang kata hantaran budget ni untuk orang yang tak ada duit nak kahwin. Ada juga yang kata hantaran budget memang untuk jimatkan kat sini dan nak belanja lebih kat bahagian lain. Ada juga yang boleh terima konsep budget ni dan ada juga yang tak boleh, mungkin merasakan budget ni maksudnya murahan/cikai/tak ada kelas dan sebagainya.

Sebenarnya pada Amy terpulang kepada diri sendiri dan jangan pedulikan orang lain. Kalau duit ada banyak RM 1500 untuk beli barang hantaran, gubahan dan lain-lain yang berkaitan, belanjakan ikut budget RM 1500 tu. Jangan pula beli barang berharga RM 2500 untuk tunjuk pada orang yang kita mampu beli brg tu tetapi hakikatnya tak mampu langsung.

Bila mahu kahwin memang perlu pakai banyak duit, makanya kalau ada budget yang secupak, berbelanjalah dengan nilai secupak dan tak perlulah dicari barang yang segantang nilainya.

Hm, panjang lebar pulak syarahan kali ni, tetapi bukan apa, ramai juga yang bertanyakan Amy tentang perkhidmatan hantaran yang budget ni. Mana-mana yang kreatif buatlah gubahan hantaran anda sendiri, tetapi bagi yang kurang yakin dan mahukan bantuan untuk menyiapkan gubahan hantaran budget, Amy sedia menawarkan perkhidmatan tersebut. 

Kalau mahu gunakan polisterin ke, kotak plastik ker, bakul rotan ker, bekas besi yang berpatutan ker, bolehlah hubungi Amy untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.
Hubungi: pengantinbudget2@gmail.com atau telefon oi6-z5i4746 sekarang yer. tksh.

Amy pb2.

Friday, April 15, 2011

PB: Follower pengantinbudget2, jom tinggalkan komen di sini...

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Salam semua.

Ok, untuk memudahkan urusan pentadbiran, Amy harap follower-follower blog pengantinbudget2 ni boleh letakkan link anda di sini.

Bolehlah juga kawan-kawan lain lawat ke blog anda juga ya. Kira sesi mempromosikan blog juga ni hehe. Ok, jangan malu segan untuk tinggalkan komen-komen anda ya. Terima kasih daun keladi, jangan lupa singgah lagi ya.
Diskaun 15% tu pasti dapat ya setelah mengikut langkah-langkah yang telah dinyatakan sebelum ini.

Selamat malam dan mimpi yang indah-indah ya beautiful n handsome blogger sekalian :)

Salam sayang,

Amy pb2.

Tuesday, April 12, 2011

PB: Gambar bantal nikah untuk pengantin lelaki

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat malam semua,

Ini dia yang Amy janji untuk upload gambar bantal nikah untuk lelaki dlm entry yang lepas.


Ciri-ciri:
Warna: Putih silver
Tebal: Dalam 5-7 cm
Lebar: Dalam 90 cm x 90 cm (lebih kurang)

Kalau nak tahu harga, hubungi Amy untuk maklumat lanjut ya.
Tksh dan selamat malam semua...
Amy, PB2.

Friday, April 8, 2011

PB: Sewaan bantal nikah untuk lelaki

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Amy nak beritahu anda semua, selain sewaan bantal nikah berkerawang yang ditawarkan di blog Amy ni, Amy ada juga sewakan bantal  nikah untuk pengantin lelaki yang rendah, bersaiz dalam 1 mtr x 1mtr dan tebal dengan warna putih siver.
Harga RM 50. Nanti amy upload gambar ya...

Salam Sayang,
Amy PB2.

 

PB: Pelamin Mini Biru + Merah Jambu

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Hai semua,
Masih ingat tak entry yang ni? Amy janji nak upload Pelamin Mini warna biru kan? OK OK , minta maaf sebab lambat upload ya... Macam-macam aktiviti Amy sehinggalah pagi ni idea datang mencurah-curah... ngeee...

Dengan ini dipersembahkan design terbaru Pelamin Mini pengantinbudget2.blogspot.


Apa yang ada:

-Bantal nikah/tunang yag berkerawang (bila pengantin duduk, bagai menatap puteri di awangan ;)  )
-2 flower stand kiri kanan
-2 pasu bunga besar di belakang
-2 pasu bunga kecil
-2 helai permaidani bulu khas dari Turki.

Jom tempah sekarang kepada beautiful b2b blogger yang berhajat untuk mempunyai Pelamin Mini ni pada hari bersejarah anda ya. Hubungi Amy segera untuk rundingan. 

Tawaran istimewa: 
Kepada Follower pengantinbudget2.blogspot.com ni, diskaun sebanyak 15% akan diberikan untuk sewaan pelamin mini ini... Tawaran sah dari 8/4/2011 sehingga 30 April 2011 ini. 
Cepat-cepat, jangan lepaskan peluang ini....

Salam Sayang, 
Amy PB2.

PB: Cara ringkas nak buat budget tunang/kahwin

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Oh, ya, Amy nak kongsi entry ni untuk sesiapa yang mungkin memerlukannya. Mungkin tak sesuai untuk semua orang, kalau boleh ubah suai mana yang patut yang sesuai dengan budget anda ya... 

PB2: Cara ringkas nak buat budget tunang/kahwin

Salam semua,

Oleh sebab ramai juga yang bertanya, saya buat entry khas untuk buat budget tunang/kahwin secara ringkas ya. Jumlah akhir semuanya tertakluk kepada budget masing-masing ok. Kalau ada lebih, tambahkan mana patut, kalau kurang budget, kurangkan kat mana yang boleh tau.

Bila sudah ada pasangan dan telah sama-sama bersedia dan bersetuju untuk menirikan rumahtangga, anda perlulah merancang seperti di bawah ni:

1.Cari tarikh majlis yang sesuai cepat-cepat.
Orang sekarang ada yang tempah dewan setahun awal dari tarikhnya tau. Sebab takut tak boleh buat pada masa tu disebabkan orang lain dah tempah dulu. Kalau lambat, susah nak buat perancangan untuk benda-benda lain nanti.

2. Belanja makan/kenduri:
Kira ikut kepala. Katalah RM 10 sekepala x jumlah tetamu yang nak datang majlis kita. Ini kos untuk katering ya. Kalau 1000 orang (RM 10 x 1000 orang = RM 10,000).

3. Maskahwin / wang hantaran:
Mas kahwin = Ikut negeri / suka hati nak beri berapa / ikut kemampuan diri. Kalau tak silap sekarang wang hantaran RM 10,000 tu standard kot. Tapi ikutlah, kalau tak mampu, cakap siang-siang. Tetapi pihak lelaki kalau dah ada pasangan dan nak berkahwin, cepat-cepat simpan duit tau untuk masuk meminang. Takut kalau tak mampu, nanti kena tolak pula pinangan tu. Tapi jangan salah faham ye, wang hantaran tu selalunya untuk orang-orang biasa macam kita ni akan digunakan untuk beli set bilik tidur, bayar duit makan kenduri dan bayar oakej kahwin tau. Kalau ada lebih barulah pengantin ambil atau diberikan kepada ibu bapa untuk bayar apa-apa yang patut.

4. Belanja hantaran:
Tentukan berapa banyak dulang hantaran nak beri sama ada 5 (lelaki bg perempuan) vs 7 (perempuan bagi lelaki), 7 vs 9 atau 9 vs 11 dulang. Barangnya bagi yang termampu dek badan. Kalau nak bagi yang best-best, tiap-tiap bulan kena beli satu atau dua barang selepas bertunang (Kalau masa tunang anda panjang. Kalau singkat tempoh pertunangan, kena sediakan duit secukupnya ya dari awal.)

5.  Pakej kahwin untuk baju, makeup, pelamin, khemah, kos makan beradap, kompang, sound system dll
Ada yang semurah RM 250 (itu pakej tunang yang saya buat) dan ke atas. Mungkin ada yang murah lagi tapi kena tengok. Kalau tak mahu pakej, masih ada masa panjang untuk buat sendiri dan anda kreatif, lebih baik. Tetapi banyak kerja yang perlu dibuat dari awal. Rujuk majalah perkahwinan contohnya Majalah Pengantin boleh membantu anda. Baca selalu/beli secara bulanan untuk tambah ilmu atau tanya kepada mereka yang arif.

6. Cenderahati untuk tetamu majlis anda.
Ini terpulang kepada budget yang anda ada. Ada yang semurah RM 2 ++ ke atas untuk seorang tetamu sebagai tanda terima kasih kepada mereka yang hadir memeriahkan lagi majlis anda.


7. Belanja untuk pergi ke rumah pengantin perempuan / lelaki - kos minyak, penginapan, makan, duit poket dll yang perlu.
Kalau majlis jauh, mungkin kena sediakan bas untuk mudahkan pergerakan saudara-mara. Kena fikirkan juga tempat menginap kalau jauh. Semuanya perlu difikirkan awal dan tempahan awal perlu dibuat.

8. Kad jemputan kahwin.
Cari yang ekonomi. Selalunya kalau buat 1000 keping kad lebih murah dari 500 kad. Tetapi terpulang kepada jumlah jemputan dan jenis kad kahwin yang anda nak. Banyak sekarang ni kad kahwin ekonomi di pasaran. Jangan membazir kepada benda yang selalunya tidak akan disimpan selepas majlis selesai.

9. Kos makan-makan kalau buat majlis lebih dari sehari.


10. Kos berbulan madu.
Ini penting juga. Kalau tak ada banyak budget, pergilah hotel-hotel yang mampu untuk mengecapi bulan madu anda. Jangan lepaskan peluang ini yang sangat manis untuk dilalui pada awal waktu perkahwinan.

11. Kos-kos kontigensi

12. Kos memulakan hidup baru

Kos untuk memulakan hidup baru. Ini selalu orang overlook. Hanya pentingkan persiapan kahwin je. Padahal inilah fasa permulaan untuk bina hidup baru untuk anda berdua. Dinasihatkan masa mula kerja kumpullah sikit-sikit harta contohnya beli TV, radio, sewa rumah dll untuk kemudahan kahwin nanti ya. Tetapi biarlah ikut kemampuan juga.

Rasanya ini sahaja yang saya dapat kongsi, mungkin ada sesiapa nak komen atau tambah lagi, boleh tinggalkan komen kat sini supaya kita boleh share ramai-ramai. Kongsi ilmu ya.

Salam sayang, Amy PB2.

PB: Bantal nikah telah ditempah oleh Fardilla (ops, akak dah betulkan... ngee)

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Salam untuk B2B dan para pembaca yang budiman. ;)
Ha, ni Amy nak bagitahu, Alhamdulillah, bantal nikah/tunang pengantinbudget2 ni sangatlah laris macam pisang goreng panas. (Syukur2).
Baru-baru ni Fardilla tempah bantal ni, dia nak bawa balik ke Ipoh untuk majlis dia. Siap Fardilla buat entry khas untuk bantal nikah ni. Terima kasih banyak-banyak ya Fardilla, banyak juga trafik saya yang datang dari blog Fardilla ni. Ini post dia, cuba baca, detail juga persiapan yang dia buat menjelang hari bahagia dia pada bulan September nanti, insyaAllah. Mungkin B2B lain kat luar sana boleh baca dan ambil ilham dari posting-posting Fardilla tu... Boleh ek Fardilla... ;)
Terima kasih banyak-banyak ya. Dan terima kasih sebab sudi menjadi pelanggan pengantinbudget2 ni.
OKlah, itu saja, jaga diri dan mimpi yang indah-indah ya... Babai...
Amy, PB2.

Monday, April 4, 2011

PB: I'm back.... hujan batu di negeri sendiri.... Baik lagi Malaysiaku ini... ;)

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Salam Semua,
Amy pengantinbudget2 nak bagitahu yang Amy sudah kembali dan akan update barang-barang dan perkhidmatan terkini yang ditawarkan di pengantinbudget2 ni tak lama lagi...
Terima kasih kerana setia dengan blog Persiapan Pengantin Budget ni ya, tksh.
Salam sayang,
Amy pengantinbudget2

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter