Wednesday, October 27, 2010

PB : Promo Nov 2010 - March 2011

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

PB: RUMAH ITU SYURGA ISTERI

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~ Saya share info ini dari sini.
Gambar, teirma kasih : http://tm-unigal.blogspot.com/
RUMAH ITU SYURGA ISTERI…. “…Yang dikatakan syurga itu ialah ketaatan dan kesetiaan seorang isteri ter...hadap Allah dan suaminya serta tanggungjawab yang dijalankannya dengan ikhlas tanpa ada sebarang rungutan atau keluhan…” KELEBIHAN ISTERI… Melayan suaminya dijamin masuk syurga tanpa hisab dan mengikut pintu yang disukai. Hadis Nabi s.a.w yang bermaksud… “Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang 5 waktu, puasa bulan ramadhan,menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintu mana yang ia suka mengikut pilihannya.” “ Mana-mana wanita yang melayani suaminya, meminyak rambut suaminya, menyikat janggutnya, menggunting misainya, mengerat kukunya, maka diakhirat ia diberi minum oleh Allah daripada air syurga dan ia diringankan seksaan ketika sakaratul maut (dekat dengan mati), di dalam kubur ia perolehi taman-taman seperti taman-taman syurga dan namanya dicatit sebagai orang yang lepas daripada seksa neraka dan selamat melintasi titian Sirat tanpa menempuh kesusahan.” Seperti mana yang diriwayatkan oleh At Tabrani mengikut hadis Rasullah s.a.w… “…Sukakah aku beritahu siapa dan bagaimanakah sifat isterimu yang bakal ditempatkan di syurga? Jawab para sahabat: Bahkan kami suka. Sabda Rasullah s.a.w lagi: Iaitu tiap-tiap isteri yangbersifat kasih sayang dan melahirkan banyak anak.Dan apabila ia dimarahi oleh suaminya, ia menyerahkan diri untuk dihukum sehingga suaminya redha (memaafkan kesalahannya)…” Janji Allah kepada isteri-isteri yang mengandung… “…Apabila seorang wanita itu mengandung, Allah menjanjikan pahalanya sama seperti pahala puasa fisabilillah.Ganjaran ini tidak termasuk lagi dengan kesakitan sewaktu berrsalin, melahirkan anak, menyusu dan menjaga anak.” Janji Allah kepada isteri-isteri yang menyusukan anak-anaknya… Menurut riwayat Al Hassan bin Sofwan, At Tabrani, Ibnu Asakir dan Salamah yang menyusu Saidina Ibrahim anak Rasullah s.a.w setiap teguk (satu sedutan) Allah akan berikan satu kebajikan dan ganjaran. Bila si ibu tadi tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sekejap-sekejap menangis kesakitan dan sebagainya, Allah akan berinya lagi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dalam jihad fisabilillah dengan ikhlas. Kelebihan wanita-wanita yang mengandung… “…Apabila seorang wanita mengandung (janin) di dalam rahimnya maka beristighfar para malaikat untuknya Allah akan mencatit baginya 1000 pahala dan kebajikan dan menghapuskan 1000 dosa. Apabila ia sakit hendak bersalin, Allah akan mencatit lagi pahala kepadanya seimbang dengan pahala orang lelaki yang berjihad fisabililah. Apabila ia telah melahirkan anak, maka gugurlah segala dosanya dan jadilah ia bersih tanpa sebarang dosa sepertimana ia mula-mula dilahirkan oleh ibunya dahulu (seperti bayi yang baru lahir).” Kelebihan isteri-isteri yang menjaga anak-anaknya… “ Menjahit pakaian anak-anak, Allah mencatitkan perbuatan baik yang dilakukan sebanyak helaian benang pakaian yang dibuat dan memadamkan seratus catitan perbuatan jahat yang pernah dilakukannya. Disamping itu juga Allah akan mencatitkan baginya ganjaran sama dengan orang yang memberi makan kepada orang yang tidak berpakaian.” “Meminyakkan rambut anak, menyikatkannya, mencuci pakaian-pakaian mereka dan memandikan anak-anak, Allah menjanjikan satu pahala besar kepada para ibu yang berbuat demikian. Allah akan mencatitkan pekerjaan baik sebanyak helaian rambut anak dan memadamkan sebanyak itu juga pekerjaan jahat serta membuatkan dirinya kelihatan berseri-seri di mata orang yang melihatnya.’ EMPAT GOLONGAN WANITA YANG DIJAMIN SYURGA OLEH RASULULLAH SAW… 1. Wanita yang menjaga dirinya daripada perkara yang haram dan dia tetap berbakti kepada Allah (mematuhi hukum Allah). 2. Perempuan yang banyak keturunan (banyak anak) lagi penyabar serta menerima sahaja pemberian Allah itu serta bersabar dengan kehidupan yang serba kekurangan dan apa sahaja nafkah yang diberikan oleh suaminya. 3. Perempuan yang bersifat pemalu. Apabila suaminya keluar menjalankan tugas, dia akan menjaga mulutnya daripada berkata yang boleh mengguris hati suaminya. 4. Perempuan yang kematian suami dan ia mempunyai anak, dan dia tetap menjaga diri dan terus menerus menjaga dan mendidik anaknya yang yatim dan tidak bersedia untuk berkahwin lain kerana takut anak-anaknya itu terbiar. “…Justeru itu, lakukanlah segala urusan rumah tangga dengan sabar, ikhlas dan bersungguh-sungguh. Terimalah hakikat bahawa Allah menjadikan wanita itu sebagai seorang isteri dan juga ibu.” By:Yus Fairus

Tuesday, October 26, 2010

PB: Air tangan seorang ibu dan isteri

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Salam semua, Amy doakan semuanya sihat sejahtera ya. Hm, Amy pun masih rasa keletihan lagi sebab ada kerja luar ofis minggu lepas, tetapi life must go on dan juga untuk kesejahteraan keluarga tersayang.

Kali ni Amy nak berkongsi pendapat tentang masakan. Teruja untuk menulis sebab entry Aunty Nani ni. 
Ya, Amy setuju sangat yang seorang isteri atau ibu perlu sentiasa memasak untuk suami dan anak2nya untuk menjamin kesejaheraan, kesihatan dan perkembangan mereka. Sekarang ni ramai yang bekerja dan mengambil MAID/ PEMBANTU / HELPER untuk menguruskan kerja rumah dan memasak. Tetapi ada juga yang ada MAID tetapi hanya menyuruh MAID sediakan apa yang perlu dimasak dan isteri/ibu itu yang masak. Hm, itu yang terbaik yang boleh dilakukan oleh wanita berkerjaya dan bekeluarga ni kan. Tetapi walau macamana tinggi pun pangkat. harta. pelajaran seorang wanita itu, peranan sebagai seorang isteri dan ibu adalah kemestian, dan perlu masuk dapur untuk menambat perut suami dan menjaga makan minum suami dan anak-anak. Ini tiada toleransi. 

Adakah zaman sekarang pasangan yang banyak bercerai-berai , salah satu sebabnya disebabkan tidak cukup kemahiran / usaha untuk menambat hati suami? Mungkin salah satu daripadanya. Walau apapun, tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya, bukan untuk dipijak / tidak dihargai. Selain itu, isteri / ibu perlu menghormati suami dan anak2nya sendiri, jika isteri/ ibu itu mahukan penghormatan suami dan anak-anaknya. Ini adalah ingatan untuk saya sendiri juga.

Tak mengapa, untuk mereka yang tidak tahu memasak, jangan bimbang, masak saja apa yang anda tahu, yang penting ikhlas. Nanti insyaAllah semuanya sedap dan menjadi. Dan kena rajin-rajinkan diri untuk mencuba resepi baru kan...

Ini resepi baru yang saya belajar dari Aunty Nani juga, TRIFFLE. Kalau ada yang berminat nak oder, boleh juga hubungi saya ya...; )

Triffle strawberry yang sangat menyelerakan , mengujakan dan menyamankan ketika dinikmati pada tengahari dan sangat tidak sabar untuk menantinya keras/ menjadi di dalam peti sejuk!... Selamat menjamu mata!... ;)




   
Salam sayang, Amy, PB.

Sunday, October 24, 2010

PB: Bunga Rampai untuk Shima

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Congratulations to Shima and hubby from Seksyen 14, PJ, who tied their not on yesterday Saturday. May Allah bless u n ur hubby ya! She ordered Bunga Rampai for her Majlis Berinai on Friday night. Thanks to Shima, hope u like my bunga rampai ya. 
Actually she tried to reach me via http://www.pengantinbudget.blogspot.com/ , which was my previous blog and i'm rarely visit there due to some technical problem. She finally got me through phone and i'm really happy to help her to prepare the bunga rampai, which was not easily prepared.

Really easy to work with her and her family. Will try to upload the pics soon ya!...Once again, thanks Shima... ;)

Lots of loves,
Amy, PB.


Update on: 10.25 am

As promised, this is Bunga Rampai made for Shima.... Enjoy the picture ok!


Best regards,
Amy, PB

Monday, October 18, 2010

PB: Sirih junjung - Daun sirih dan bunga segar

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Turut menyediakan tempahan sirih junjung terutama dalam gubahan moden tetapi masih mengekalkan keklasikan sirih junjung itu sendiri.
Akan disertakan bersama sirih ialah:
Bunga Kapur,
Bunga Cengkih,
Bunga gambir,
Bunga hidup - selalunya bunga ros
serta bunga melur
Contoh gubahan sirih junjung seperti di bawah:
*
(ops, abaikan gambar yg tak berkenaan selain dari sirih junjung ok!)
*
*

Sirih junjung sentuhan moden tetapi masih mengekalkan keasliannya... ;)
Jika berminat untuk buat tempahan, hubungi saya dengan segera ya...
Terima kasih,
Amy PB.

PB: Pelamin Mini

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Hi everyone,

Let the pictures do the talking... ;)

*
*
As promised, my latest design of mini pelamin for bertunang/simple solemnization ceremony. Kindly contact me Amy, at email: pengantinbudget2@gmail.com or ring me at 016.251.4746 for booking ya... ;)

Love and warmest regards...
Amy PB.


Friday, October 15, 2010

PB: AKAN DATANG! Pelamin mini untuk disewa - fresh from the oven

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Apa khabar semua? Harap-harap anda semua sihat-sihat belaka ya. Sebagai pengenalan, Amy nak beritahu bermula hujung bulan Oktober 2010 ini Amy akan menawarkan pakej pelamin mini untuk majlis pertunangan/pelamin yang simpel untuk majlis perkahwinan. Tunggu ya... Harga yang ditawarkan adalah berpatutan dan design terbaru dalam pasaran, khasnya untuk pengantin budget. Salam sayang, Amy, pengantinbudget2

Monday, October 11, 2010

PB: Saya suka sangat dengan bunga...

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~
Selamat malam semua.
Saya sangat suka bunga,
sebab itu saya suka gubah bunga,
pakai baju bercorak bunga-bungaan,
suka hiasan ada bunga,
bila ada bunga, saya akan senyum lebar,
terutama kalau bunga itu bunga ros/mawar segar, warna merah,
Ya Allah, memang saya akan tersenyum lebar seharian (pelik tapi benar!).
Percayalah,
dengan minat ini,
jika adik-adik, kakak-kakak, tuan-tuan dan puan-puan tempah hantaran dengan saya,
saya akan cuba sedaya upaya untuk membuat yang sebaik mungkin,
sebab saya suka lihat bunga yang cantik itu,
membuat orang lain tersenyum lebar macam saya...
insyaAllah ;) Tempahan hantaran bermula dari RM 15 segubahan ke atas (upah gubah sahaja untuk gubahan budget) dan RM 55 segubahan ke atas (upah gubah, beli barang dan pengantin dapat semua barang - ops, barang hantaran tidak termasukya ;))
TERIMA KASIH BELOG BUNGA INI
Bunga-bunga kesukaan saya:
*
*
*
*
*
*
Cantikkan semua bunga-bunga ni? kalau dapat hidu haruman yang dikeluarkan bunga-bunga ni, merupakan terapi yang terbaik untuk Amy, anda bagaimana? Amy, pengantinbudget2.blogspot.com


Sunday, October 10, 2010

PB: Perkahwinan Datuk Dr. Sheikh Muzaffar & Dr. Halina pada 10.10.10

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat Pengantin Baru dan Tahniah diucapkan kepada pasangan Angkasawan Pertama Malaysia, Datuk Dr.  Sheikh Muzaffar & Dr. Halina. Penantian selama 8 tahun, akhirnya menyatukan pasangan merpati dua sejoli, sama canitk sama padan dan sama-sama berpelajaran, mempunyai paras rupa ini sebagai pasangan suami isteri yang sah.



Semoga mereka berdua sentiasa aman bahagia dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah sebagai penyejuk mata dan mengeratkan kasih sayang antara mereka.   

Warna yang digunakan dalam perkahwinan mereka, putih dan silver, hm, cukup trendy dan kena dengan gelaran angkasawan negara ya! Dengan sentuhan Datuk Bernard Chandran dan Cosry, menyerlahkan lagi kecantikan semulajadi Dr. Halina dan menampakkan lagi ketampanan Datuk. Dr. Sheikh Muzaffar. 

Pengggunaan bunga segar yang menghiasi gubahan hantaran mereka menjadi trend pilihan masakini. Yang paling menarik kek kapal angkasa Soyuz yang dijadikan kek perkahwinan mereka sangat unik dan inilah seumur hidup saya melihat kek sebegitu rupa.

Tahniah sekali lagi dan Selamat Pengantin Baru diucapkan.

Amy, pengantinbudget2

Thursday, October 7, 2010

PB: Siapa mahu tempah bunga rampai?

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Apa khabar semua pembaca blog saya ni?
Amy doakan semuanya sihat2 sentiasa ek. Sekarang musim demam, batuk, selesema, baik-baik jaga diri. Minum air suam banyak2 ok, terutama untuk bakal2 pengantin... Tak mahulah nanti masa nikah/sanding pengantin terbatuk2 atau terbersin/terset-set tahan hingus keluar... huhuhu, insyaAllah tak ya...



Ha, nak tanya, siapa nak join tempah bunga rampai untuk kegunaan pada hujung minggu 2 minggu dari sekarang, mulai Khamis-Ahad (21/10 ni hingga 24/10)?. Ini disebabkan ada tempahan untuk Shima, insyaAllah Amy akan buatkan.

Jika ada yang tercari-cari orang yang boleh buatkan bunga rampai (yang leceh dan rumit itew... ;)), boleh hubungi Amy untuk maklumat lanjut. Kalau ada yang berminat untuk tempah pada tarikh tersebut bagitahu awal yer, sebab senang nak prepare barang nanti...

InsyaAllah Bunga Rampai Amy dijamin:

-Wangi semerbak
-Resepi turun temurun (resepi keluarga)
-Klasik
-Penyeri bilik pengantin
-Menaikkan seri pengantin
-Menaikkan rasa romantis...

Tak percaya, boleh cuba tempah kalau nak tahu... hehe ;)

Salam Sayang,

Amy pengantinbudget2

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter